Sunday, July 12, 2009

Kembali Ke Medan...



Hidup ini sukar dijangka...kita tidak pernah dapat mengjangkakan dengan tepat lagi benar, apakah yang akan berlaku pada kita esok hari. Baguskah? Gagalkah? Sedihkah? Gembirakah? Entah masih hidupkah? Atau, hanya tinggal nama sahaja pada esok hari? Jawapannya tidak tahu! Semua orang pun tidak tahu! Jadi? Apa perlunya merancang jika begitu? Iya...persoalan yang agak berat untuk dijawab.

Aku juga tidak tahu. Suatu ketika dahulu, aku akan merancang apa sahaja yang aku mahu lakukan dan apa sahaja yang ingin ku capai. Ianya ada ketikanya berhasil. Jika tidak berhasil? Pastinya kekecewaan akan melingkari...Tetapi, ia tidak bermakna aku terus berputus asa...Ia pasti ada hikmah disebalik apa saja yang berlaku. Apa yang penting, aku tidak berada di alam kekecewaan tersebut terlalu lama kerana ia pasti membinasakan dan tidak akan membuahkan hasil yang baik juga.

Sekian lama tidak menjenguk 'teratak' ini, idea untuk menulis makin mem'beku' membuatkanku mengambil masa yang agak lama untuk kembali 'mengangkat' tinta murabbiku...Bukannya tidak ada idea, tetapi untuk kembali 'bermula' dan mengolah bukan perkara yang agak mudah bagiku. Namun, minatku terhadap 'dunia' ini meronta dan memaksaku untuk kembali ke medan. I'm back!!!

Pada hujung minggu ini, akan diadakan kem motivasi bagi pelajar UPSR di sekolahku. Secara jujurnya, aku amat terharu dan kagum melihat kegigihan guru-guru yang terlibat untuk menjayakan program tersebut. Ia bukanlah suatu program yang biasa di sekolah ini kerana program sebegini baru saja pertama kali diadakan di sekolah. (tidak seperti sekolah yang terdapat di semenanjung, mereka lebih terkehadapan dalam program seperti ini). Sebab itu aku begitu kagum dengan semangat guru-guru disini yang memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan program tersebut.

Keadaan ini sangat mengingatkan aku ketika bersama dengan sahabat seperjuangan suatu ketika dahulu. Berbincang tentang modul dan berlatih bersama-sama. Mengkaji keberkesanan dan step modul yang sesuai. Refleksi dan objektif modul adakah ia tercapai? Bermacam-macam lagi...Boleh dikatakan kami asyik dalam membina modul dan sentiasa memperbaiki modul dari masa ke semasa. Itu dahulu...tapi, kini pun begitu, masih lagi berhubung walaupun dibatasi jarak dan waktu. Namun, minat tetap dikongsi bersama walau di manapun kami berada...Bahagianya mempunyai sahabiah seperti itu!

Dikesempatan ini aku ingin mendoakan agar program tersebut dapat berjalan dengan lancar walaupun ianya masih jauh lagi... Perkara yang baik itu, biasanya membuahkan natijah yang baik juga...Insya-Allah, amin...Bit taufiq wan najah...

0 comments:

Post a Comment