Latest News

Cerita Tentang 'Aku dan Dia'

Posted by tintamurabbi Friday, July 8, 2011, under , , | 0 comments
Salam kembali ke dunia blog...

Kerinduan untuk menulis tidak dapat ku tahan lagi... Saban hari, banyak perkara yang ingin aku tuliskan, namun ianya hanya berlegar-legar di kotak fikiran ku sahaja. Bagaikan terpanggil-panggil untuk menulis... Aku ingin menulis!

Pejam celik, pejam celik, hampir sebulan suami (ARAR) bersama ku tinggal di negeri di bwah bayu ini. Banyak suka dan duka, perit jerih yang kami lalui. Tidak dapat digambarkan bagaimana rasanya ketiadaan air berminggu-minggu, rumah kosong yang tiada apa-apa, tanpa televisyen, tanpa perabot, segalanya tidak ada.

Alhamdulillah, segalanya kami lalui dengan tabah dan bersederhana. Bersyukur segala apa yang ada, hargai segala benda, masa, ketika dan waktu. Insan sekeliling yang pemurah, baik hati dan rajin membantu... Setinggi kesyukuran aku rafa'kan kepadaNya....

Kini, rumah kami hampir lengkap dengan kemasukan meter air ke rumah...Barulah kami tahu akan harga dan nilai setitis air... Segalanya membuatkan kami rasa insaf dan redha dengan apa yang ada serta sentiasa hidup dalam kesederhanaan. Bagi aku, kehidupanku yang sememangnya susah suatu ketika dulu amat membantuku untuk tenang dan bersedia dengan kehidupan yang serba serbi kekurangan. Ianya amatlah berbeza dengan En. ARAR... Namun dia sangat bijak membiasakan dirinya dengan keadaan sekeliling membuatkan dia tidak berasa kekok dengan kehidupan kami yang agak sememangnya serba kekurangan. Syukur Ya Allah...

Pada minggu ini, kami sudah mula mengajar mengaji untuk anak-anak setempat sebagai sedikit sumbangan bakti kami untuk masyarakat sekeliling yang muslim. Hari pertama dan kedua, hanya ada 2 orang murid sahaja yang hadir untuk belajar mengaji. En. ARAR mencadangkan agar diadakan sedikit jamuan pada hari pertama untuk sesi berkenalan bersama anak murid yang bakal mengaji di rumah kami. Alhamdulillah, sedikit bihun goreng ringkas yang dapat kusediakan pada hari itu. Hari keduanya pula En. ARAR dengan senang hati menawarkan diri untuk menyediakan Macaroni Potato Cheese buat ku dan anak muridku. Alhamdulillah, pertama kali aku makan masakan yang sebegitu dan ianya sungguh sedap! Terima kasih En. ARAR...

Pada hari ketiga, kami bercadang untuk makan sendiri sahaja namun, akhirnya En. ARAR meminta supaya ianya dihidangkan kepada kanak-kanak yang hadir mengaji pada hari itu. Aku sedikit bimbang kerana kanak-kanak yang hadir pada hari ketiga ini adalah di luar jangkaan kami. Lebih kurang 7 orang juga yang hadir untuk mengaji Al-Quran. Namun aku putuskan untuk mengajar Fardhu Ain pada setiap hari Khamis agar pendidikan agama Islam yang mereka terima seimbang dan tidak memfokuskan kepada mengaji Al-Quran sahaja.

Alhamdulillah, Allah swt permudahkan segala urusan kami. Akhirnya mereka dapat belajar cara menunaikan Solat Subuh...Tidak semena-mena juga En. ARAR mendapat gelaran 'Ustaz'. :))) How Sweet!!!!

Moga anak murid yang hadir ini akan sentiasa istiqomah dalam menuntut ilmu di sini... dan semoga mereka akan menjadi bunga-bunga dan unggas-unggas yang berterbangan di taman-taman syurga Allah swt nanti... InsyaAllah, amin...


click to create your glitter text

It's My Birthday!

Posted by tintamurabbi Saturday, April 30, 2011, under | 0 comments
Alhamdulillah...pejam celik pejam celik, sudah makin bertambah rupanya umurku... Makin berat pula tanggungjawab ku... Pertama kali hari lahirku sebagai seorang isteri... Tiada kejutan hari lahir...Tiada kek...Tiada hadiah... Hanya seorang diri di perantauan... Alhamdulillah...9 April yang lalu merupakan hari bersejarah dalam hidupku dan bagi sekolahku buat pertama kalinya, Azizi berjaya mendapat Johan dalam Pertandingan Bercerita Peringkat Gabungan iaitu Zon Utara yang bakal ke peringkat negeri pada minggu hadapannya...

Syukur yang tak terhingga ku panjatkan buat Tuhan Rabbu 'Izzati... Tahniah dan terima kasih juga buat anak didikku Azizi yang berjaya ke peringkat negeri Sabah. Hadiah yang sungguh bermakna dan sangat manis buat diri ini...

Dan sekali lagi, Azizi telah menghadiahkan aku piala kemenangannya walaupun hanya tempat ketiga pada peringkat negeri yang lalu pada 19 April di Ranau, namun aku sudah cukup berbangga dengannya yang dapat menghadapi setiap pertandingan dengan tenang dan berusaha bersungguh-sungguh dengan melakukan sehabis baik! Masya-Allah! 'Ajibtu...

Syukran jaziilan buat suamiku yang membuat kejutan dengan video perkahwinan kami... Hadiah yang sungguh M.A.N.I.S.... Walaupun aku jauh di sini, namun zauji tetap insan yang paling dekat bagiku... Terima kasih atas segala pengertian....

Buat usrahku yang tidak pernah lupa tarikh keramatku... Sahabat-sahabat jauh dan dekat...syukran kerana mendoakan aku...

Buat Asiah Yusro juga...terima kasih kerana sudi menjadi insan yang terawal mendoakanku...Ukhuwah Fillah abadan abada....

Anak-anak murid yang memberikan hadiah-hadiah kecil yang memberikan makna yang besar buat diri ku...syuran jaziilan...

Tidak lupa juga buat Azizi dan Maizatul yang sentiasa membahagiakan ku...Menemani aku berjalan-jalan ke S. Mgayau...:)) Bahagia sangat...

Selamat Hari lahir juga buat anak-anak buahku yang menyambut hari kelahiran mereka pada bulan April ini, iaitu Wan Nadaa (15 April), Nur Alissa Husna (17 April), Zulhakimi Haikal (27 April). Moga kebahagiaan menjadi milik kita semua...InsyaAllah...

Huh! Penat... Tidak tahu apa lagi yang mahu dituliskan........


click to create your glitter text

MAC...Aku Insaf dan Redha Segala KetentuanNya... (4)

Posted by tintamurabbi , under | 0 comments

Baarakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama'a baina kuma fil khair...

Tahniah buat Kak Harisah Bahudin dan pasangannya Wan Suhaidi atas majlis walimah mereka pada 12 Mac yang lalu... Kak Harisah merupakan salah seor
ang housemateku ketika aku menghuni Villa Khadijah suatu ketika dahulu bersama-sama dengan Kak Di, Kak Lin dan Kak Atiqah. Kak Harisah mempunyai peribadi yang periang, orangnya 'happy go lucky', suka membantu, tidak lokek dengan senyuman, wang atau apa sahaja barang miliknya, mudah untuk dikongsi bersama. Dia juga seorang yang kuat semangat, bermotivasi tinggi, tidak mudah menyerah kalah, peramah dan suka bergurau. Orangnya sangat mudah didekati dan didampingi. Tahniah sekali lagi buat kak Haris, moga Allah memberkati hidup kak Haris sekeluarga dunia wal akhirat, amin...

Tahniah juga buat sahabat suami ku yang melangsungkan perkahwinannya pada 13 Mac yang lalu... Majlisnya sungguh meriah dengan kehadiran sahabat handai saudara mara dan kawan-kawan sekolah sejak kecil juga tidak ketinggalan menghadirinya. Suamiku diminta untuk menjadi MC dalam majlis sahabatnya pada hari itu. Secara jujurnya, aku memang tidak pernah menghadiri majlis perkahwinan yang punya protokol sebegitu, namun ianya suatu pengalaman yang sangat menarik, indah dan sungguh manis untuk dikenang... Alhamdulillah...:)) Majlis berjalan dengan sungguh lancar. Zauji amat bijak mengendalikan majlis perkahwinan sahabatnya mengikut aturan majlis seperti yang diminta. Tahniah, Zauji! I’m really proud of you! :))

Dalam perjalanan pulang itu, kami singgah di sebuah surau untuk menunaikan solat zuhur memandangkan kami telah merancang untuk ziarah Kak Muna ‘Izzah di baitnya...Aku kira, belumpun sampai 10 minit kereta ditinggalkan, zauji dapati kunci keretanya tidak dapat dibuka. Rupanya telah diumpil. Segera dia melihat bonet kereta kerana dia meminta ku untuk menyimpan beg tangan ku di dalam bonet sahaja memandangkan kami berhenti solat sekejap sahaja. Apabila bonet kereta dibuka, beg tangan ku sudah tiada! Kamera zauji yang diletakkan di tempat duduk belakang juga tiada! Sah! Ianya telah dicuri!

Puas sudah mencari di kawasan sekitar dan bertanya dengan orang sekeliling, semuanya tidak menyedari kejadian tersebut berlaku. Selepas kejadian, terus sahaja kami mebuat laporan polis di Jalan Tun Razak. Kami diberi 2 pilihan samada mahu disiasat kes tersebut yang katanya akan membuatkan kami terpaksa mengeluarkan kos untuk bayaran detektif yang menyiasat atau sekadar membuat laporan polis sahaja bagi ditunjukkan semasa membuat salinan i/c dan dokumen yang lain lagi. Aku dan suami berpandangan antara satu sama lain. Adakah prosedur polis begini? Sudahlah kami baru sahaja kecurian, susah hati, risau dan sedih belum reda diberi pilihan begitula pula. Bukankah menyiasat itu kerja polis? Betul-betul tak faham! Akhirnya, tanpa banyak soal dan kerana ingin memendekkan urusan, kami mengambil keputusan untuk membuat laporan polis sahaja!

Apa yang boleh ku buat?? Pasrah dan redha sahajalah...mungkin ada hikmah di sebaliknya yang aku dan suami ku tidak tahu.



Akhirnya, kami ke rumah Kak Muna kerana sudah berjanji untuk menziarahnya sekeluarga pada petang itu juga.Alhamdulillah, Kak Muna banyak memberikan kata-kata nasihat dan motivasi buat kami dan turut membantu aku untuk 'blok' semua kad atm bank aku... Alhamdulillah...Syukran jaziilan Kak Muna...Segala pertolonganmu hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Alhamdulillah, aku juga teramat bersyukur kerana suamiku sentiasa disisiku memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi buat ku... Syukran jaziilan kathiira, ya zauji...


(p/s : Entry ini sepatutnya ku kirim akhir bulan Mac, tapi disebabkan pelbagai kekangan maka aku peramkan di dalam 'humairah' entry ini sehingga sekarang...)


MAC...Aku Insaf dan Redha Segala KetentuanNya... (3)

Posted by tintamurabbi Sunday, March 27, 2011, under | 0 comments
Cuti Penggal Pertama sesi persekolahan yang lalu, aku telah pulang ke kampung di semenanjung, ke pangkuan suami dan keluarga ku... Segala yang aku alami sepanjang sebelum cuti, ku buang jauh ke tengah dasar Laut Cina Selatan. Namun aku tetap bersyukur, kerana sekolah ku berjaya menjadi Johan keseluruhan Zon disebabkan menggondol Pertandingan Bercerita Lelaki dan Perempuan. Alhamdulillah, Azizi dan Maizatul merupakan calon peserta yang telah ku latih pada tahun lepas. Pada tahun ini, aku membiarkan mereka menghafal teks secara santai, tidak lagi tertekan seperti dahulu. Aku membawa mereka ke Pantai Bak-Bak, berjalan-jalan di pekan Kudat, belanja aiskrim, dan bermacam aktiviti yang dapat membuatkan mereka seronok sebelum pertandingan diadakan. Aku yakin dan percaya, apa yang membawa kepada keyakinan diri dan kemenangan mereka adalah sifat kasih sayang dan ihsan kita sesama manusia...InsyaAllah... Alhamdulillah...Pengalaman yang sedia ada juga sangat membantu mereka untuk terus mendapat johan dalam pertandingan peringkat zon yang lalu.

Namun, disebalik kisah gembira, terselit sedikit ujian untuk mematangkan insan... aku diuji dengan kisah kehilangan wang kutipan sumbangan peringkat zon (yang aku selesaikan sendiri demi menjaga kemaslahatan semua pihak yang terlibat). Dalam kekalutan perkara itu, telefon bimbit ku telah dicuri oleh murid ku sendiri dan diselesaikan dengan cara yang tersendiri...Apapun yang berlaku, ianya adalah dari kelalaian dan kekhilafan aku sendiri. Aku tidak akan menuding jari kepada sesiapapun. Mungkin dengan cara begitu, aku akan sentiasa beringat dan tidak mudah lalai di kemudian hari.

Kisahnya tidak hanya berhenti setakat itu sahaja. Sesampai aku di LCCT, aku bersyukur kerana zauji sudah sedia menungguku dengan sedikit makanan kerana bimbang aku kelaparan... Ya Allah! Aku sungguh merasakan nikmat bahagia dan penuh kesyukuran kepada Mu kerana telah mengurniakan aku seorang suami yang sungguh baik hati budinya... Alhamdulillah, Allahu Akbar!

Berbeza benar zauji pada hari ini. Rambutnya dipotong rapi, begitu juga dengan kumisnya... Pakaiannya juga nampak kemas. Senyumannya hambar, tidak bermaya. Tentu saja dia sedang menyembunyikan kemurungan hatinya dihadapanku. Namun pantas sahaja dia membaca apa yang ada difikiranku...

"Abang potong rambut ni sebab awak nak balik...hee..."

Aku malu sendiri. Sengaja mengalih topik yang lain. Tiba-tiba ex-classmateku menegurku. Aku memperkenalkannya kepada zauji. Berlakulah perbualan pendek antara kami. Padhil, classmate ku mengajar di sebuah sekolah di pulau dalam kawasan Kudat juga. Orangnya juga berdarah manis dan sedang menunggu masa untuk hari bahagia. Aku doakan moga jodohnya dipercepatkan dan diberkati Allah dunia dan akhirat, InsyaAllah, amin...

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, tidak banyak yang kami bincangkan. Hanya hati yang berbicara. Moga segalanya dipermudahkan Allah...




click to create your glitter text

MAC...Aku Insaf dan Redha Segala KetentuanNya... (2)

Posted by tintamurabbi Thursday, March 24, 2011, under | 0 comments
Tinggal Kenangan...(26/09/2010)


Ahmad meninggal??? Betulkah???

Aku masih bingung dan tergamam dengan apa yang telah disampaikan oleh suamiku sebentar tadi. Aku pantas mencapai laptopku, membuka ruangan 'facebook' Nafastari dan Mawar,serta blog beliau yang sememangnya adalah antara blog yang aku minati penulisannya.

Benar! Adik iparku dan suamiku ada menulis di ruangan 'wall' facebook Nafastari dan Mawar serta mereka sendiri. Aku masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Sekelip mata segalanya berubah! Perlahan-lahan aku membaca penulisan di blog Nafastari dan Mawar (aku tidak ingat untuk ke berapa kalinya, namun aku tidak jemu mengulanginya). Tanpa sedar, air mata ku turut mengalir bersama cebisan kenangan hasil curahan rasa hati penulisnya yang kini sudah 'pergi' selama-lamanya... Tiada lagi coretan pengalaman dan apa saja luahan rasa penulisnya di blog ini lagi...Aku akan merindui penulisannya!

Buat adik iparku @ mawar,

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan ia mendapat pahala dari kebaikan yang diusahakannya serta menanggung dosa atas kejahatan yang dilakukannya..." (Al-Baqarah : 286)

Cinta dan Kasih SayangNya amat mendalam buatmu, kerana itu Dia mendugamu agar hatimu sentiasa tetap teguh berpegang dan terikat kepadaNya. Aku yakin, kemampuanmu untuk menghadapiNya membuatkan hubunganmu denganNya bertambah erat dengan semangat yang terpancar dari kedua-dua puterimu juga... Moga Dia terus tetap memberikan kekuatan dan ketabahan dalam diri dan qolbu mu agar dirimu tidak mudah melatah dengan ujian yang ditaklifkanNya buat diri dan usrahmu...Biiznillah...amin...




click to create your glitter text

MAC...Aku Insaf dan Redha Segala KetentuanNya...

Posted by tintamurabbi Monday, March 21, 2011, under | 0 comments
Salam Kerinduan, Kasih Sayang dan Cinta ku hulurkan...

Kerinduan yang tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata apatah lagi perbuatan?Kerinduan untuk kembali menitipkan tinta di blog yang indah ini...Kasih sayang dan cinta yang sentiasa dicari dan dinanti oleh insan yang bergelar manusia. Malah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang tidak pernah menghadkan rasa cinta, kasih dan sayang ini buat seluruh makhlukNya di muka bumi yang damai dan tenang ini...

Aku sedaya upaya mencuri masa untuk menulis di blog ini setelah terlalu banyak peristiwa yang terakam dalam benak fikiran dan memoriku selepas entri Eid Milad yang lalu...

Ujian Tanda Kasih SayangNya

1 Mac yang lalu aku ke sekolah dan mengajar seperti biasa...Aku membuat sedikit persediaan untuk sambutan Maulidurrasul di sekolah ku yang akan diadakan pada 3 & 4 Mac nanti... Sekembalinya aku dari sekolah, aku bersama hausemateku ke tamu di Kudat untuk membeli sedikit barang dapur yang sudah kehabisan. Malam itu, aku telah dikejutkan oleh panggilan telefon dari zauji yang mengatakan bahawa biras ku (suami kepada adik iparku - Wan Ahmad Fadzil) koma kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Suaranya bergetar menahan sebak, namun masih dalam keadaan yang terkawal. Aku tergamam. Baru minggu lepas zauji memberitahu dengan riang yang adiknya sekeluarga akan pulang ke tanah air dari bumi Islamabad, Pakistan dan sangat berharap yang aku sempat berjumpa dengan mereka sekeluarga sebelum mereka terbang pulang semula ke Pakistan.

Seingat aku, kali pertama dan terakhir aku berjumpa dengan adik iparku ; Mawar dan biras ku Nafastari sekeluarga adalah sewaktu majlis walimahku pada 25 - 27 September 2010 yang lalu. Selebihnya aku mengenali mereka sekeluarga melalui zauji yang tidak putus-putus menceritakan perihal keluarganya serta keluarga mawar (Nurbaya) dan segala perkembangan nafastari sekeluarga. Tetapi, apa yang paling membuatkan aku terasa dekat dengan mawar sekeluarga ialah hasil coretan hati mereka suami isteri serta permata mereka yang dinamakan embun (Wan Nadaa) hanya melalui blog mereka! Terlalu singkat!

Setelah beberapa ketika, henfonku berbunyi lagi...Zauji! Mengapa dia menangis?

"Ahmad...Ahmad passed away...". Senyap. Tiada apa yang aku dapat ucapkan... Suaranya kedengaran tersekat-sekat dalam esak tangis yang tidak tertahan.

"Sorry, terpaksa letak telefon sekarang!" suara adiknya Eni kedengaran di hujung telefon dan serta-merta talian terputus.





click to create your glitter text

Eid Milad Semua!!

Posted by tintamurabbi Friday, January 21, 2011, under , | 0 comments
Selamat Hari Lahir Buat SEMUAAA...!!

My Husband
19/1/11

Abi
My Housemate 1/1/11

Ain
Nisa' 1/1/11

Bede
My Brother 8/1/11

Along
My Eldest Brother 18/1/11

Syah
My Best Friend 21/1/11







click to create your glitter text

Oppss!

Posted by tintamurabbi Sunday, January 2, 2011, under | 0 comments
Salam Mahabbah Wa Rahmah...

Sesi persekolahan akan bermula. Biasanya, ibu bapalah yang paling sibuk menyediakan keperluan anak-anak untuk ke sekolah. Segalanya serba baru, baju sekolah baru, kasut baru, stokin baru, beg baru, pendek kata semuanya cukup lengkaplah. Tidak mengira latar belakang ibu bapa, walaupun yang berpendapatan kecil dan sederhana, mereka tetap menunaikan tanggungjawab menyediakan keperluan anak-anak dengan sebaik mungkin. Di mana-mana sahaja pasaraya, kedai-kedai, mahupun bazar-bazar akan mengadakan jualan kembali ke sekolah.

Pelbagai promosi barangan yang dipaparkan untuk menggalakkan ibu bapa membeli untuk anak-anak. Pada ketika inilah ibu bapa sanggup berhabis duit untuk membeli pelbagai keperluan anak-anak mereka. Tidak kira di mana-mana tempat pun, di semenanjung atau di bumi bawah bayu ini, keadaannya sama sahaja. Namun, hari-hari yang terakhir ini ibu bapa yang keluar membeli lebih ramai sehinggakan bersesak dan sanggup beratur panjang demi anak-anak mereka yang tersayang.

Jika di bumi bawah bayu ini, anak-anak di sini sangat sangat beruntung kerana kerajaan telah menyediakan keperluan persekolahan untuk mereka seperti beg sekolah, kasut, buku latihan, pensel, pemadam, pembaris, baju seragam sekolah, malah baju unit beruniform pun kerajaan sediakan untuk mereka! Jadi, apa yang perlu mereka lakukan hanyalah datang sahaja ke sekolah dan belajar! Belajar! Dan Belajar!

Apa yang paling mengecewakan aku, anak-anak di sini amat 'liat' untuk ke sekolah. Malah papan kedatangan murid tidak pernah 100% pasti ada sahaja seorang atau 2 orang yang tidak hadir ke sekolah. Malah lebih dari itu!

Tidak cukup dari itu, kebanyakkan daripada murid mendapat RMT di sekolah. Kalau di semenanjung, segala keperluan adalah tanggungan ibu bapa itu 100% sendiri. Inikan pula RMT? Aduh! Teringat aku semasa di sekolah rendah, walaupun bapaku seorang tukang kebun sekolah, kami adik beradik tidak dapat RMT itu. Seingat aku, semasa di tahun 4 barulah aku dapat merasa RMT. Beruntung sungguh anak-anak di sini, namun kebanyakkan mereka masih lagi susah untuk belajar dan pergi ke sekolah.

Bukan itu sahaja, ibu bapa mereka juga bersikap sambil lewa. Mereka langsung tidak ambil kisah samada anak mereka ke sekolah ataupun tidak. Sedangkan jika tidak hadir ke sekolah walaupun sehari, maka sangat banyak matapelajaran yang tertinggal dan yang tidak dapat dipelajari oleh anak-anak mereka! Bagaimana anak-anak mereka mahu pandai? Bagi ibu bapa yang puas berusaha memujuk anak-anak mereka ke sekolah itu, mungkin tidaklah aku persoalkan sangat, tapi, yang bersikap endah tidak endah? Masa depan mereka juga yang akan rugi. Semasa kami adik-beradik masih kecil, perkataan 'tak mahu pergi sekolah' memang tidak pernah keluar dari mulut kami. Kenapa? Sekali ia sampai di telinga ayahku, maka rotan akan serta merta hinggap di belakang ku da jangan harap dapat makan pada hari itu. Begitulah tegasnya ayahku dalam mendidik anak-anaknya.

Hairan ya anak-anak zaman ini? Diharap tahun 2011 ini, anak-anak kita akan mula rajin ke sekolah dan mempunyai azam yang baru dalam meningkatkan kualiti diri, InsyaAllah..."Orang yang gagal itu tidak pernah merasa bahagia, sedangkan orang yang bahagia itu semuanya pernah merasai kegagalan dalam hidup".



click to create your glitter text

Sentiasa Ada - Hujan

Posted by tintamurabbi Friday, December 31, 2010, under | 0 comments
Bernafas seperti biasa
Terbang selamatkan nyawa
Bersuara tegas tajam mata
Menusuk rasa

Bila mulai kau tenggelam
Dalam kepekatan malam
Kau tahu aku sentiasa disisimu

Aku kan sentiasa ada
Ku tahu kau pun sama
Bersuarakan gembira

Aku pun sentiasa ada
Ku tahu kau pun sama
Ada sentiasa

Henti menangis kawan
Teruskan saja berjalan
Tiada apa yang mustahil dalam dunia

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2010/12/lirik-lagu-sentiasa-ada-hujan.html#ixzz19g2Y0Lpn


click to create your glitter text

Disember 2010

Posted by tintamurabbi Wednesday, December 29, 2010, under | 0 comments
Aku pun tak ingat tarikhnya bila, tapi sangat banyak moment indah dalam bulan ini terutama untuk silaturrahim kekeluargaan... Aku sudah lama tidak bersama ahli keluarga, terlalu sibuk di luar sehinggakan ahli keluarga terasa begitu asing. Alhamdulillah, zauji banyak mendorongku untuk sentiasa berhubung rapat dengan usrah ku...Aku sangat bersyukur dengan setiap apa yang Allah telah aturkan dalam hidupku. Sememangnya kasih sayang ini perlu dipupuk dan dizahirkan agar orang lain turut merasainya. Ia juga menuntut keikhlasan yang tidak berbelah bahagi.

Maha Rahman dan RahimNya ALLAH yang tidak pernah meninggalkan kita sendirian walau sesaatpun. Bahagia itu untuk kita kongsi dan rasai bersama kerana manusia tidak mungkin akan rasa bahagia sekiranya sendirian. Paling tidak pun, mereka tetap diselubungi rasa sunyi tanpa insan tersayang disisi. Jadi, hargailah setiap saat yang ada dan jadilah seorang insan yang BAHAGIA!


i-City bersama adik-adikku, azizi dan eddy, dan zauji. Syukran zauji...





Pulang ke kampung melawat ayahanda dan bonda sambil menyambut hari kelahiran ayahanda...Zauji turut membantu membuat bahulu dan lemang...Proud of u zauji! Thanks for everything!



Melawat adikku, Ila yang sedang final exam di Kolej Jururawat Port Dickson, N9...Ada riak bahagia di wajahnya walaupun penuh dengan tekanan imtihan. Maan najah ya Ukhti habibati...Kemudian terus ke Bukit Beruntung, rumah adikku Edi, melawatnya pula di sana...Walaupun penat, namun ianya sungguh indah dan membahagiakan, Alhamdulillah...Terima kasih, Allah...

Dinner dengan Papa, Eni, A'eh, Leeya, Arissa dan Zauji di Ayam Penyet Wong Solo...Sepanjang berada di sini, baru malam itu dapat makan bersama-sama dengan keluarga mertuaku...Alhamdulillah, syukur...ada riak bahagia di wajah Papa...Syukran Zauji... :)



Akhirnya, aku menghabiskan masa bersama iparku, Eni... Kami makan tengahari di Restoran Sekinchan, Damansara...Antara menunya, sotong bakar, lala, dan ikan pari bakar... Ya Allah, sangat sedap, sesiapa yang teringin boleh cuba ke sana, ya? Boleh pilih ikan segar yang mana kita nak, InsyaAllah..Cubalah!





click to create your glitter text
Related Posts with Thumbnails

Hadith Hari Ini

Ahlan Wa Sahlan

Who's Viewed Me?

Followers